Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantuan ketenteraan AS kepada Taiwan tidak akan halang tekad China menyatukan pulau itu

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: China menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadikan Taiwan sebuah "depot peluru"selepas Rumah Putih mengumumkan pakej bantuan ketenteraan AS$345 juta (S$459 juta) kepada pulau itu.
Pejabat Ehwal Taiwan di China mengeluarkan kenyataan pada Sabtu (29 Jul) untuk membantah bantuan ketenteraan kepada Taiwan itu, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri.

"Tidak kira berapa banyak wang cukai rakyat dibelanjakan pihak pemisah Taiwan, tidak kira berapa banyak senjata AS ia miliki, ia tidak akan menggugat tekad kami untuk menghuraikan masalah Taiwan, atau menjadikan penyatuan tanah besar kami sebagai satu realiti," kata Encik Chen Binhua, seorang jurucakap bagi Pejabat Ehwal Taiwan.

"Tindakan mereka menjadikan Taiwan sebuah depot senjata, meningkatkan lagi ancaman peperangan di Selat Taiwan," kata kenyataan itu.

Pada Jumaat (28 Jul), AS mendedahkan bantuan ketenteraan bernilai AS$345 juta (S$459 juta) kepada Taiwan untuk meningkatkan keupayaan pulau itu menghalang kemungkinan berlakunya pencerobohan oleh China.

Presiden Xi Jinping mengekalkan hak negara itu untuk menyatukan Taiwan dengan China meski dengan jalan kekerasan jika perlu.

AS mengekalkan dasar 'Satu China" di mana ia tidak mengiktiraf kebebasan rasmi Taiwan dan tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan pulau itu sebagai tanda hormat kepada Beijing. Namun, undang-undang AS memerlukan kuasa pertahanan yang berkesan bagi Taiwan dan bagi AS menganggap sebarang ancaman terhadap pulau itu sebagai "kebimbangan yang serius".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan