Bantuan kemanusiaan bagi Turki-Syria meningkat sedang jumlah korban melepasi 24,000
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Ilyas Akengin)
BAB AL-HAWA: Bantuan antarabangsa memasuki bahagian Turki dan Syria pada Sabtu (11 Feb), di mana para penyelamat bekerja keras untuk mengeluarkan kanak-kanak daripada runtuhan bangunan di kawasan terjejas oleh gempa bumi. Kejadian itu sudah meragut nyawa lebih 24,000 mangsa setakat ini.
Musim sejuk di beberapa kawasan-kawasan menjejas usaha menyelamat dan menambah penderitaan berjuta-juta orang yang memerlukan bantuan.
Hampir 870,000 orang dari kedua-dua negara itu memerlukan makanan selepas kejadian gempa tersebut. Ia mengakibatkan sehinggga 5.3 juta orang kehilangan tempat tinggal di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Program Makanan Sedunia (WFP) PBB merayu untuk mendapatkan AS$77 juta (S$102 juta) supaya dapat membantu sekitar 590,000 orang di Turki dan 284,000 orang di Syria yang baru berpindah.
Daripada jumlah tersebut, 545,000 orang merupakan penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan 45,000 orang adalah pelarian, kata WFP.
AKSES BANTUAN KEMANUSIAAN
Pada Jumaat (10 Feb) pejabat hak asasi PBB menggesa semua pihak terbabit di kawasan itu, di mana militan Kurdi dan pemberontak Syria beroperasi, untuk membenarkan akses supaya bantuan kemanusiaan dapat diberikan.
Pemerintah Syria menyatakan bahawa ia sudah meluluskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas gempa yang terletak di kawasan luar kawalannya.
Hanya dua konvoi bantuan menyeberangi sempadan dari Turki pada minggu ini, sedang pihak berkuasa terlibat dalam operasi bantuan gempa yang lebih besar di negara itu.
Perang saudara selama sedekad dan pengeboman udara oleh pihak Syria-Rusia memusnahkan hospital dan menyebabkan kekurangan bekalan elektrik dan air.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa Majlis Keselamatan supaya membenarkan pembukaan pusat bantuan kemanusiaan antara Turki dengan Syria. Majlis itu akan bertemu untuk membincangkan mengenai keadaan Syria, mungkin pada awal minggu hadapan.
Turki menyatakan ia sedang berusaha untuk membuka dua laluan baru ke kawasan yang dikawal oleh pihak pemberontak di Syria.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.