Bantuan kecemasan dijangka tiba di Gaza 'dalam masa sehari dua', dedah PBB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/MAHMUD HAMS)
GENEVA: Penghantaran bantuan perubatan ke Carikan Gaza melalui Lintasan Rafah yang bersempadan dengan Mesir mungkin sampai "dalam masa sehari dua", umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (20 Okt).
Menurut Ketua Kemanusiaan PBB Martin Griffiths, yang dipetik oleh jurucakapnya Jens Laerke di Geneva: "Saya tidak mempunyai masa yang tepat mengenai bilakah ia akan berlaku, sudah tentu, saya berharap ia boleh dimulakan secepat mungkin, dengan cara yang selamat, terjamin dan semoga dapat bertahan.
Bantuan antarabangsa yang sangat-sangat mula tiba pada Jumaat di Mesir berhampiran Gaza, dengan rakyat Palestin amat memerlukan makanan dan air selepas pengeboman tanpa henti oleh Israel yang mengalami serangan paling berdarah dalam sejarahnya.
Menurut PBB, lebih sejuta daripada 2.4 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan keadaan kemanusiaan semakin memburuk dari hari ke hari.
Penyiar pemerintah Mesir, Al Qahera News melaporkan, Lintasan Rafah - satu-satunya laluan ke Gaza - akan dibuka pada Jumaat, tetapi Kaherah kemudian menyatakan bahawa ia memerlukan lebih banyak masa untuk membaiki jalan raya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.