Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS bantu pertingkat bekalan oksigen India

Amerika Syarikat sedang berusaha untuk membantu India meningkatkan bekalan oksigen untuk para pesakit COVID-19 di negara itu, menurut para pegawai pada Khamis (29 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
AS bantu pertingkat bekalan oksigen India

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 02:53PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 02:54PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang berusaha untuk membantu India meningkatkan bekalan oksigen untuk para pesakit COVID-19 di negara itu, menurut para pegawai pada Khamis (29 Apr).

Sebuah pesawat tentera yang sarat dengan bekalan kecemasan termasuk hampir sejuta kit ujian saringan dan 100,000 pelitup N95 tiba awal hari ini (30 Apr) di New Delhi, sebahagian daripada bantuan Amerika Syarikat bernilai AS$100 juta (S$132 juta).

Keutamaannya adalah untuk memenuhi keperluan segera bagi menangani cabaran-cabaran menggenting di hospital, kata Pengarah Eksekutif Pasukan Petugas COVID-19 di Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, Encik Jeremy Konyndyk.

"Saya rasa kita menyedari bahawa ia seperti satu pendekatan sementara untuk mengatasi masalah ini dan kita perlu menyokong mereka, yang secara khususnya adalah mengenai jumlah oksigen gred perubatan yang boleh dijana oleh negara itu" katanya kepada AFP.

Amerika Syarikat sedang mengadakan rundingan dengan India bagi mengenal pasti cara-cara untuk memperluaskan "rantaian bekalan oksigen" termasuk mengembangkan teknologi untuk menukar oksigen tahap perindustrian dan menggunakannya bagi tujuan perubatan dan memperbaiki cara untuk mengangkutnya ke seluruh negara.

Meskipun Amerika Syarikat turut mengikrarkan bantuan vaksin, Encik Konyndyk menegaskan bahawa bantuan itu lebih berbentuk bantuan jangka sederhana sedang jumlah jangkitan terus meningkat di India.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan