Bantahan Thai berakhir secara aman meski dilapor akan sambung minggu depan
Bantahan prodemokrasi besar-besaran di Bangkok berakhir secara aman siang tadi (20 Sep).
(Gambar: AFP)
BANGKOK: Bantahan prodemokrasi besar-besaran di Bangkok berakhir secara aman siang tadi (20 Sep).
Para pemimpin tunjuk perasaan bagaimanapun mengatakan, perhimpunan seterusnya di ibu kota Thailand itu akan diadakan di luar bangunan Parlimen pada Khamis nanti.
Sebelum bersurai, para penunjuk perasaan meletakkan sebuah plak berhampiran bangunan Istana bagi mengisytiharkan, negara Thai adalah milik rakyat.
Mereka juga menyerahkan surat tuntutan kepada Pasukan Polis Pengawal Diraja Thailand. Antara lain para penunjuk perasaan anti-kerajaan itu, menuntut agar Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha meletak jawatan dan satu pilihan raya diadakan.
Tunjuk perasaan yang disertai beribu-ribu orang itu juga menuntut dilaksanakan pembaharuan terhadap perlembagaan dan sistem beraja di negara itu.
Parlimen Thai dilaporkan akan bersidang tidak lama lagi untuk membincangkan beberapa pindaan kepada perlembagaan seperti yang dituntut oleh penunjuk-penunjuk perasaan.
Semalam, laporan-laporan media menyatakan bantahan yang diadakan itu diterajui beberapa kumpulan pelajar universiti di Thailand.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.