Bantahan terus memuncak di Iran atas kematian Mahsa Amini; 83 terkorban sejauh ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
DUBAI: Bantahan-bantahan terhadap kematian seorang wanita semasa dalam tahanan polis masih diteruskan di beberapa bandar merata Iran pada Khamis (29 Sep), lapor media sosial dan media tempatan, sedang kumpulan hak asasi manusia menganggarkan sekurang-kurangnya 83 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus sejak hampir dua minggu lalu.
Mahsa Amini, 22 tahun, dari sebuah bandar Kurdi di Saqez, diberkas di Tehran bulan ini atas "pakaian tidak sesuai".
Kematiannya mencetuskan bantahan besar-besaran di jalan raya merata Iran.
"Sekurang-kurangnya 83 orang termasuk kanak-kanak, disahkan terkorban dalam bantahan #IranProtests," menurut catatan Twitter Iran Human Rights, sebuah kumpulan yang berpangkalan di Norway.
Meskipun angka korban semakin meningkat dan tindakan keras dilaksanakan oleh pihak berkuasa, video-video yang dimuat naik ke laman Twitter menunjukkan para penunjuk perasaan di Tehran, Qom, Rasht, Sanandaj, Masjed-i-Suleiman dan bandar-bandar lain menggesa pertubuhan-pertubuhan ulama dilucutkan.
Stesen televisyen rasmi Iran menyatakan bahawa polis sudah memberkas sejumlah besar "penunjuk perasaan" tetapi tidak pula memberikan perinciannya.
Menurut kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, berpuluh-puluh aktivis, pelajar dan artis sudah ditahan.
Jawatankuasa bagi Melindungi Wartawan turut menyatakan di Twitter bahawa pihaknya difahamkan bahawa pasukan keselamatan sudah memberkas sekurang-kurangnya 28 wartawan setakat 29 September.
Menteri Luar Jerman pada Khamis (29 Sep) menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya mengenakan sekatan ke atas Iran menyusuli kematian Amini.
Dalam perkembangan berasingan, beberapa orang di Norway cuba memasuki Kedutaan Iran di Oslo semasa berlaku bantahan, dengan dua orang dipercayai cedera ringan, menurut polis Norway.
Agensi berita NRK melaporkan bahawa polis Norway sudah menahan seramai 95 penunjuk perasaan.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.