Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan terhadap gangguan bekalan elektrik, taraf kehidupan di Libya

Para penduduk mengadakan tunjuk perasaan di Benghazi pada Khamis (10 Sep) kerana gangguan bekalan elektrik dan taraf kehidupan yang semakin teruk, kata para saksi. Mereka membakar tayar-tayar dan menghadang beberapa jalan raya dalam tunjuk perasaan yang jarang berlaku di bandar timur Libya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan terhadap gangguan bekalan elektrik, taraf kehidupan di Libya

Gambar fail seorang budak memakai dan bawa bendera Libya pada Februari 2017 (Gambar: REUTERS/Esam Omran Al-Fetori)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 11:36AM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 11:44AM

BENGHAZI: Para penduduk mengadakan tunjuk perasaan di Benghazi pada Khamis (10 Sep) kerana gangguan bekalan elektrik dan taraf kehidupan yang semakin teruk, kata para saksi. Mereka membakar tayar-tayar dan menghadang beberapa jalan raya dalam tunjuk perasaan yang jarang berlaku di bandar timur Libya itu.

Benghazi adalah markas Khalifa Haftar dan Tentera Nasional Libya (LNA) yang diketuainya, yang sedang bertempur dalam perang saudara dengan Pemerintah Perjanjian Nasional yang diiktiraf masyarakat antarabangsa di Tripoli, barat negara itu.

Masalah bekalan elektrik semakin teruk tahun ini, mencetuskan bantahan di Tripoli bulan lalu yang memburukkan lagi tahap kehidupan di tengah-tengah lonjakan jumlah kes COVID-19.

Punca utama masalah gangguan bekalan tenaga yang semakin teruk itu adalah kekurangan bahan bakar untuk loji elektrik. LNA menuduh National Oil Corp (NOC) yang berpangkalan di Tripoli tidak mengimport bahan bakar yang mencukupi untuk mengendalikan kilang tersebut.

NOC bulan lalu memberi amaran masalah bekalan elektrik terputus akan semakin teruk di timur Libya, dan menyatakan kekurangan itu disebabkan oleh sekatan minyak dan gas oleh LNA selama berbulan-bulan. NOC menambah import diesel untuk mengendalikan kilang menyebabkannya "menghadapi masalah kewangan yang teruk".

NOC telah merayu kepada LNA untuk menamatkan sekatan, yang bermula pada Januari dan telah menyebabkan hasil pengeluaran menjunam, mengakibatkan Libya hampir kehilangan sepenuhnya pendapatan dari penjanaan tenaga - sumber mata wang asing utamanya - tahun ini.

LNA disokong oleh Amiriah Arab Bersatu, Rusia dan Mesir. GNA disokong oleh Turki.

Usaha perdamaian di Libya telah dipercepatkan sejak pertempuran utama awal tahun ini berakhir pada Jun dengan barisan hadapan diperkukuh berdekatan bandar Sirte.

Anggota kedua-dua parlimen yang bersaing itu bermesyuarat minggu ini di Maghribi dan mengumumkan pada Khamis bahawa mereka telah bersetuju dengan syarat untuk melantik pegawai-pegawai kanan di institusi berdaulat, melambangkan satu langkah ke hadapan dalam rundingan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan