Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan Hadi Awang terhadap petisyen dikemuka calon BN batal kemenangan di PRU15 ditolak

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan Hadi Awang terhadap petisyen dikemuka calon BN batal kemenangan di PRU15 ditolak

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Ahad (12 Feb) menolak bantahan awal Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang bagi menolak petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada prosiding secara online pada Ahad, Hakim Hassan Abdul Ghani mendengar hujahan daripada Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili Abdul Hadi dan peguam Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Jasmira sebagai pempetisyen.

Selain itu, Encik Abdul Hadi turut diwakili peguam Saifuddin Othman, manakala Encik Jasmira diwakili Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, Norhazira Abu Haiyan dan Muhammad Amin Othman.

Hakim Hassan turut memerintahkan Encik Abdul Hadi membayar kos RM20,000 (S$6,134) kepada Encik Jasmira dan menetapkan perbicaraan petisyen tersebut pada 6 Mac ini.

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi UMNO Terengganu Ahmad Said dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lalu iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pada PRU15 lalu, Encik Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang Dr Zarawi Sulong.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan