Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan di Peru cetus 'kekecohan merata negara', lebih 50 cedera

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan di Peru cetus 'kekecohan merata negara', lebih 50 cedera

(Gambar: ERNESTO BENAVIDES / AFP)

LIMA: Puluhan warga Peru cedera selepas ketegangan kembali tercetus pada Jumaat malam (20 Jan). Polis bertempur dengan penunjuk perasaan antipemerintah, yang kemudiannya merebak ke merata negara tersebut.

Di ibu kota Lima, pegawai polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan yang membaling botol kaca dan batu. Rakaman televisyen tempatan juga menunjukkan keadaan huru-hara ketika kebakaran berlaku di jalan-jalan raya.

Di wilayah selatan Puno, sekitar 1,500 penunjuk perasaan menyerang sebuah balai polis di bandar Ilave, menurut Menteri Dalam Negeri Vicente Romero dalam satu kenyataan media.

Menurut Encik Romero, kebakaran juga berlaku di balai polis di Zepita, Puno.

Pihak berkuasa kesihatan di Ilava melaporkan lapan pesakit dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami, termasuk lengan dan kaki yang patah serta lebam di mata.

Bantahan yang berlarutan itu menyebabkan 58 orang cedera di seluruh negara.

Pergolakan terbaru itu berlaku selang sehari selepas kebakaran yang dicetuskan penunjuk perasaan turut mengakibatkan salah satu bangunan paling bersejarah di Lima musnah.

Peru bergelut dengan tunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan Presiden Dina Boluarte yang telah mengorbankan 45 nyawa setakat ini.
 
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan