Bantahan di Hong Kong: Ratusan penunjuk perasaan tidak hiraukan gesaan polis supaya menyerah diri
Ratusan penunjuk perasaan masih berada di dalam Universiti Politeknik Hong Kong tanpa mengendahkan gesaan pihak polis agar menyerah.
Penunjuk perasaan antipemerintah tidur di sebuah tempat letak kereta bawah tanah di Universiti Politeknik Hong Kong pada 20 Nov 2019. (Gambar: Adnan Abidi/REUTERS)
HONG KONG: Ratusan penunjuk perasaan masih berada di dalam Universiti Politeknik Hong Kong tanpa mengendahkan gesaan pihak polis agar menyerah.
Ketua Setiausaha Hong Kong, Matthew Cheung berkata pilihan raya majlis daerah yang sepatutnya diadakan Ahad ini (24 Nov) akan dibatalkan jika keganasan berterusan dan jalan-jalan raya terus dikepung para penunjuk perasaan.
Kampus universiti itu menjadi medan pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis sejak minggu lalu.
Buat masa ini, ia dikepung polis rusuhan yang menunggu baki penunjuk perasaan untuk keluar.
Kampus tersebut dikepung sejak Ahad lalu dengan ratusan penunjuk perasaan menduduki kampus tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.