Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan anti pemerintah Hong Kong: Polis bertempur dengan penunjuk perasaan

Keganasan meletus lagi di Hong Kong sedang bantahan anti pemerintah berterusan buat minggu ke-22 berturut-turut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan anti pemerintah Hong Kong: Polis bertempur dengan penunjuk perasaan
Diterbitkan : 02 Nov 2019 08:55PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 08:58PM

HONG KONG: Keganasan meletus lagi di Hong Kong sedang bantahan anti pemerintah berterusan buat minggu ke-22 berturut-turut.

Polis menggunakan semburan air dan gas pemedih mata di beberapa kawasan sedang para penunjuk perasaan terus berarak secara haram di jalan-jalan raya.

Sekitar waktu tengah hari, polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai di kawasan beli-belah mewah di Causeway Bay.

Mereka juga menggunakan semburan lada ke atas para penunjuk perasaan yang berhimpun di Victoria Park.

Ribuan orang turun ke kawasan itu untuk apa yang disifatkan sebagai rapat kempen pilihan raya.

Polis tidak meluluskan permit bagi bantahan hari ini (2 Nov).

Namun calon-calon majlis daerah yang pro demokrasi berkata mereka dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan kecil sehingga 50 orang bagi setiap calon.

Ini membolehkan mereka menghimpunkan 5,000 orang tanpa melanggar undang-undang.  

Sumber : AFP/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan