Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bank Dunia lulus dana tambahan hampir US$200 juta untuk Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Dunia lulus dana tambahan hampir US$200 juta untuk Ukraine

Orang ramai duduk dan baring di lantai tempat perlindungan bom di sebuah pusat sukan yang boleh menampung sehinnga 2,000 orang di Mariupol, Ukraine, pada 27 Feb 2022. (Gambar: Evgeniy Maloletka/AP)

ANKARA: Bank Dunia pada Isnin (14 Mac) mengumumkan bahawa hampir AS$200 juta (S$273 juta) pembiayaan tambahan akan disalurkan kepada perkhidmatan sosial Ukraine untuk membantu golongan rentan. 

Dengan pembiayaan terkini, bank tersebut telah menyediakan lebih AS$925 juta (S$1.26 bilion) sebagai sokongan untuk negara itu, lapor Agensi Anadolu.

"Ini adalah tambahan kepada AS$723 juta (S$988 juta) yang diberi untuk Ukraine dan rakyatnya minggu lepas, dengan AS$350 juta (S$478 juta) telah pun disalurkan kepada Ukraine," menurut kenyataan Bank Dunia.

Pembiayaan itu adalah sebahagian daripada pakej sokongan AS$3 bilion (S$4.10 bilion) yang diumumkan bank tersebut untuk membantu Ukraine dalam beberapa bulan akan datang.

Sebagai sebahagian daripada usaha mobilisasi, Austria menyumbang 10 juta euro (S$15 juta) kepada Dana Amanah Pelbagai Derma (MDTF) yang ditubuhkan Bank Dunia untuk memudahkan penyaluran sumber geran penderma ke Ukraine.

“Krisis yang sedang berlaku menyebabkan kos kemanusian yang tinggi dan mewujudkan jurang pembiayaan yang menjejaskan keupayaan gokongan rentan di Ukraine untuk mendapatkan keperluan asas,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass.

Krisis Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global keluar dari Rusia.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak itu sekurang-kurangnya 636 orang awam terbunuh dan 1,125 cedera, manakala kira-kira 2.8 juta orang melarikan diri ke negara jiran.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan