Bank Dunia anggarkan kerosakan akibat gempa bumi bernilai AS$5.1 bilion di Syria
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan sebuah bangunan di Antakya pada 18 Februari 2023. (Gambar fail: Sameer Al-Doumy/AFP)
SYRIA: Gempa bumi dahsyat yang melanda Turki dan Syria bulan lalu menyebabkan kerosakan fizikal langsung berjumlah sekitar AS$5.1 bilion (S$6.8 bilion) di Syria.
Ia menambah lagi kemusnahan di negara yang sudah sekian hancur akibat perang saudara selama bertahun-tahun.
Menurut Bank Dunia, nilai semasa bangunan serta prasarana yang rosak dan ranap dianggarkan sekitar 10 peratus daripada hasil kasar dalam negeri (GDP) Syria.
Pengarah Negara bagi Timur Tengah Bank Dunia Jean-Christophe Carret menerangkan kerugian itu merangkumi kemusnahan kesengsaraan dan kesusahan selama bertahun-tahun yang dialami rakyat Syria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau menambah bencana itu akan menyebabkan kemerosotan pada kegiatan ekonomi yang akan membebankan lagi prospek pertumbuhan Syria.
Bank itu menyatakan dalam laporan 27 Februari, bahawa gempa bumi itu mengakibatkan kerosakan fizikal langsung bernilai AS$34.2 bilion (S$46 bilion) di Turki.
Sekurang-kurangnya 45,000 orang maut akibat gempa itu di Turki.
Angka korban di Syria pula lebih 5,900 orang, menurut pihak berkuasa.

Sumber : AGENCIES/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.