Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir Thailand ragut 9 nyawa; ribuan penduduk dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Banjir akibat hujan lebat di selatan Thailand meragut sembilan nyawa dan menyebabkan lebih 13,000 orang dipindahkan, kata pegawai pada Sabtu (30 Nov).

Ini sedang pasukan menyelamat menggunakan bot dan jet ski dalam usaha untuk membantu penduduk yang terkandas.

"Banjir di lapan wilayah selatan Thailand menjejas 553,921 isi rumah dan meragut sembilan nyawa, yang menyebabkan agensi untuk mengerahkan bantuan kecemasan," tulis agensi bencana negara itu di akaun rasmi Facebook miliknya.

Lebih 13,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, dengan pusat perlindungan sementara disediakan di sekolah dan kuil, tambah catatan tersebut.

Dua hospital di wilayah Pattani menggantungkan operasi untuk mengelak air daripada merosakkan kemudahan perubatan.

Di utara Malaysia pula, hujan menyebabkan sekurang-kurangnya 80,000 orang berpindah ke pusat perlindungan sementara minggu ini, dengan empat orang dilaporkan maut.
Jabatan Kaji Cuaca Thailand menyatakan bahawa hujan lebat mungkin berterusan di beberapa kawasan selatan negara itu sepanjang minggu ini.

Pemerintah Thailand sudah mengerahkan pasukan menyelamat untuk membantu penduduk yang terjejas dan memperuntukkan 50 juta baht (S$1.9 juta) bagi bantuan banjir di setiap wilayah.

Menerusi catatan di platform media sosial X, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat (29 Nov) berkata bahawa sasarannya adalah untuk "memulihkan keadaan seperti biasa secepat mungkin".
Sumber : AFP/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan