Banjir tenggelami khemah pelarian Palestin di Gaza jelang musim sejuk
Hujan lebat menyebabkan banjir di Carikan Gaza pada Selasa (25 Nov), menenggelami khemah ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini berdepan ancaman ribut musim sejuk tanpa perlindungan yang kukuh.
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Hujan lebat menyebabkan banjir di Carikan Gaza pada Selasa (25 Nov), menenggelami khemah ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini berdepan ancaman ribut musim sejuk tanpa perlindungan yang kukuh.
Sebahagian besar daripada dua juta penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah mereka sepanjang dua tahun serangan darat dan udara Israel di wilayah kecil dan padat itu, yang tercetus berikutan serangan Hamas pada Oktober 2023. Ramai kini tinggal di khemah-khemah dan tempat-tempat yang menyediakan perlindungan asas.
Gencatan senjata secara umum bertahan sejak pertengahan Oktober namun perang sudah pun memusnahkan sebahagian besar daripada kawasan yang padat di Gaza, termasuk infrastruktur asas, mengakibatkan keadaan hidup yang sangat sukar bagi kebanyakan penduduk.
“Kesengsaraan ini, hujan ini — dan sistem cuaca tekanan rendah pun belum bermula lagi. Ini baru permulaan musim sejuk, dan kami sudah pun dilanda banjir dan terhina,” kata Um Ahmed Aowdah di luar khemahnya ketika hujan mencurah-curah pada Selasa. “Kami tidak menerima khemah atau terpal baharu. Terpal kami sudah dua tahun, khemah kami pun sudah dua tahun - semuanya sudah usang.”
Amjad Al-Shawa, ketua Rangkaian NGO Palestin, berkata terdapat keperluan mendesak bagi sekurang-kurangnya 300,000 khemah baharu untuk menempatkan kira-kira 1.5 juta orang yang masih tidak dapat pulang ke rumah mereka.
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin menyatakan ribuan khemah yang menempatkan keluarga pelarian ditenggelami air atau rosak akibat ribut dan hujan lebat sepanjang minggu lalu.
Beberapa khemah hanyut dengan sepenuhnya apabila paras banjir meningkat antara 40 hingga 50 sentimeter di beberapa kawasan wilayah pantai berkenaan, manakala sebuah hospital di lapangan terpaksa menghentikan operasi akibat banjir, menurut petugas kesihatan dan para saksi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pada Isnin, sementara usaha sedang dilakukan untuk membawa bekalan musim sejuk masuk ke Gaza, jumlah lori yang dibenarkan masuk ke wilayah itu masih terhad disebabkan oleh sekatan Israel terhadap kumpulan-kumpulan bantuan.
Pihak berkuasa Gaza yang diterajui Hamas menyatakan bahawa Israel tidak membenarkan bantuan masuk seperti yang dijanjikan di bawah perjanjian gencatan senjata. Agensi bantuan pula menyatakan Israel menghalang banyak barangan keperluan daripada memasuki Gaza.
Israel bagaimanapun menyatakan bahawa ia mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah perjanjian gencatan senjata dan tidak menyekat bantuan daripada memasuki Gaza, dan menuduh agensi bantuan gagal mengagihkan bantuan dengan cekap atau gagal menghalang kecurian oleh kumpulan Hamas. Hamas menafikan bahawa ia mencuri bantuan.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.