Banjir, tanah runtuh jejas lebih 1,500 isi rumah di Jawa Timur, 2 maut di Lumajang
Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Daerah Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, menjejaskan sekurang-kurangnya 1,567 isi rumah, dengan 2 kematian turut dilaporkan di daerah itu.
Kawasan rumah yang terjejas akibat banjir lahar hujan Gunung Semeru di Desa Purorejo, Daerah Lumajang, Jawa Timur, pada Isnin (2 Nov 2026). (Gambar: ANTARA/Irfan Sumanjaya)
- Heavy rain since Nov 1 triggered floods and landslides in Lumajang, East Java, affecting 1,567 households; two people, a man and his daughter, were killed in a landslide in Tamanayu village on Oct 31.
- The disaster also disrupted roads, electricity supplies and agricultural areas, while local teams assessed the damage, cleared routes, distributed aid and monitored rivers, embankments and at-risk areas.
- Floods in Malang on Nov 2 affected 43 households, damaged a bridge and disrupted four routes, but the water receded and the roads became passable again.
- In Badung, Bali, two people went missing in a landslide at Pelaga Eco Park on Nov 1; a search and rescue operation was under way, while BNPB urged people to monitor weather alerts and prepare for disasters during the rainy season.
JAKARTA: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Daerah Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, menjejaskan sekurang-kurangnya 1,567 isi rumah, dengan 2 kematian turut dilaporkan di daerah itu.
Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton Panjaitan, berkata hujan lebat sejak Ahad (1 Nov) menyebabkan sungai melimpah, benteng pecah dan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Menurut data awal BNPB, bencana itu menjejas 1,417 isi rumah di 8 kampung dalam 3 mukim, sebelum angka tersebut meningkat kepada 1,567 isi rumah dalam laporan susulan pada Selasa (3 Nov).
Kejadian tersebut turut menjejas akses jalan raya, bekalan elektrik dan kawasan pertanian.
Dua kematian dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh di Desa Tamanayu, Lumajang, pada Sabtu (31 Okt).
Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak perempuannya berusia 9 tahun.
USAHA PEMULIHAN DAN PEMANTAUAN DIPERGIAT
Encik Berton berkata pasukan pengurusan bencana tempatan sedang menilai kerosakan, membersihkan jalan raya yang terhalang akibat tanah runtuh serta menyediakan bekalan bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas.
Pasukan penyelamat turut memantau kawasan yang terputus hubungan, rumah yang berisiko mengalami kerosakan, paras air sungai, jambatan yang dilimpahi air serta keadaan benteng bagi mengesan kemungkinan bencana susulan.
Sementara itu, banjir turut menjejas 43 isi rumah di 5 kampung dalam 4 mukim di Daerah Malang, Jawa Timur, pada Isnin (2 Nov).
Kejadian itu menyebabkan sebuah jambatan rosak dan mengganggu lalu lintas di 4 laluan jalan raya.
Bagaimanapun, BNPB menyatakan banjir di kawasan tersebut sudah surut dan jalan raya yang terjejas kembali boleh dilalui kenderaan.
2 HILANG DALAM TANAH RUNTUH DI BALI
Dalam kejadian berasingan, 2 orang dilaporkan hilang selepas tanah runtuh melanda kawasan perkhemahan mewah Pelaga Eco Park di Daerah Badung, Bali, pada Ahad (1 Nov).
Encik Berton berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan penglibatan pasukan penyelamat, agensi pengurusan bencana, polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan.
Beliau turut memberi amaran mengenai kemungkinan bencana susulan memandangkan sebahagian wilayah Indonesia sudah memasuki musim hujan pada November.
Penduduk digesa supaya sentiasa memantau amaran cuaca rasmi, manakala pihak berkuasa tempatan diminta memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dan sistem amaran awal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.