Banjir Sumatra: Penduduk Aceh mula kibarkan bendera putih; terdesak kerana kelaparan
Para penduduk di wilayah Aceh, Indonesia mula memasang bendera putih untuk memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi mampu menghadapi keadaan yang melarat tiga minggu selepas Taufan Senyar membadai tiga wilayah di Sumatra.
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera putih dipasang di tepi jalan raya di Aceh Tamiang pada 15 Dis 2025. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)
ACEH: Para penduduk di wilayah Aceh, Indonesia mula memasang bendera putih untuk memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi mampu menghadapi keadaan yang melarat tiga minggu selepas Taufan Senyar membadai tiga wilayah di Sumatra.
Lebih 1,000 orang di pulau Sumatra terkorban dalam bencana itu, yang melanda pada kira-kira 25 November.
Namun bantuan pemerintah menghadapi kesukaran mengakses tempat-tempat terpencil dan selain bekalan makanan dan kuasa yang belum pulih, isu kesihatan seperti demam, demam kepialu (typhoid) dan penyakit kulit mula menjejas mereka yang terselamat.
Para penduduk memasang bendera putih di hadapan rumah di kampung, di sepanjang lebuh raya negara dan di pos kecemasan dan tempat pemindahan.
Pejabat pemerintah tempatan juga memasang bendera putih bagi membantah apa yang para penduduk sifatkan sebagai tindak balas lambat oleh pemerintah pusat kepada bencana itu, lapor media tempatan.
Pemerintah Indonesia menolak tawaran bantuan antarabangsa, sebaliknya menyatakan ia mampu menyokong operasi kecemasan.
"Ramai penduduk dan sukarelawan memasang bendera putih kerana mereka tidak lagi mampu bertahan dengan betapa teruk situasi sekarang," kata Rahmiana, seorang penduduk Banda Aceh yang kini terlibat dalam misi kemanusiaan, seperti dinukil Republika pada Isnin (15 Dis).

Banjir itu memusnahkan beribu-ribu rumah dan melumpuhkan ekonomi tempatan, dengan pegawai pemerintah kanan berkata kerja-kerja pembangunan semula di seluruh kawasan terjejas di Sumatra dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya AS$3.11 bilion (S$4 bilion).
Aceh mencatatkan korban jiwa tertinggi, dengan 431 orang disahkan maut dan lagi 32 masih hilang.
Ini disusuli dengan Sumatra Utara dengan 355 kematian dan lagi 84 orang yang masih belum ditemui manakala Sumatra Barat melaporkan 244 kematian dan 90 orang hilang, menurut wadah berita Jakarta Globe pada Selasa.
Kira-kira 7,000 orang cedera dan hampir 186,500 musnah atau rosak.
Mangsa yang terselamat kini bergelut dengan kelaparan, kekurangan bekalan dengan ketara dan ketidakpastian berhubung ketibaan bantuan mencukupi.
Di Aceh Timur, bendera putih membarisi jalan-jalan raya hingga ke Aceh Tamiang.
Bendera-bendera itu juga dilihat di lebuh raya yang menghubungkan Banda Aceh ke Medan di Sumatra Utara, lapor Kompas.
"Para penduduk sudah menyerah kalah dan perlukan bantuan. Kita tidak sanggup lagi," kata Bahtiar, seorang penduduk di kampung Alue Nimbong di Aceh Timur seperti dinukil Kompas.
Beliau berkata sudah tiga minggu sejak banjir melanda, tetapi bantuan yang tiba ke kawasan perumahan yang terjejas sangat terhad.
Para penduduk tempatan membangunkan dapur masyarakat secara bebas, untuk berkongsi bekalan makanan yang ada, tetapi mereka semakin kehabisan bekalan dan ramai yang kelaparan, menurut laporan media tempatan.

Para penduduk Aceh menggesa supaya penilaian kerosakan segera dijalankan sebagai dasar bagi usaha pemindahan dan pembangunan semula.
Mereka yang kehilangan rumah, tanah dan sumber pendapatan juga memohon jaminan bagi pemulihan ekonomi, lapor Kompas.
"Bendera-bendera yang dikibarkan itu adalah isyarat kecemasan, untuk merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya membantu Aceh," kata Bahtiar.
Para pemimpin asing sudah pun menawarkan bantuan, tetapi Presiden Prabowo Subianto berkata pada Isnin bahawa situasi di negara itu masih terkawal.
"Saya katakan, terima kasih atas keprihatinan anda tetapi kita boleh menanganinya," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.