Banjir Sumatra: Angka korban cecah 1,006 orang, 217 masih hilang
Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Pulau Sumatra, Indonesia, meningkat kepada 1,006 orang, manakala 217 lagi masih dilaporkan hilang, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada Sabtu (13 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Pulau Sumatra, Indonesia, meningkat kepada 1,006 orang, manakala 217 lagi masih dilaporkan hilang, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada Sabtu (13 Dis).
Sekurang-kurangnya 5,400 orang cedera dalam bencana tersebut.
Bencana yang melanda wilayah Aceh, Sumatra Utara dan Sumatra Barat itu turut menyebabkan kerosakan prasarana yang meluas, lapor Astro Awani.
Menurut BNPB, sebanyak 1,200 kemudahan awam rosak, termasuk 219 kemudahan kesihatan, 581 institusi pendidikan, 434 rumah ibadat, 290 bangunan pejabat dan 145 jambatan.
Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Abdul Muhari, berkata proses pengesahan data dan semakan silang dengan rekod sivil sedang dijalankan di peringkat daerah.
Beliau menjelaskan bahawa identiti mangsa sedang disahkan berdasarkan nama dan alamat, dan proses itu masih diteruskan di beberapa daerah.
Pihak berkuasa juga sudah melaksanakan modifikasi cuaca secara berterusan di ketiga-tiga wilayah terjejas bagi mengelakkan hujan lebat mengganggu operasi menyelamat dan penghantaran bantuan melalui udara, lapor Astro Awani.
Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semasa lawatannya ke kawasan bencana di Aceh pada Jumaat, berkata pemerintah Indonesia sedang berusaha untuk memenuhi keperluan asas para penduduk yang terjejas dan akan terus menyalurkan bantuan dengan sewajarnya.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.