Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir ragut nyawa sekitar 50 orang di Bangladesh & India; banjir paling teruk sejak 2004

Anggaran Waktu Membaca:
SYLHET: Sekurang-kurangnya 25 orang di Bangladesh terkorban akibat kejadian tanah runtuh atau dipanah petir sepanjang hujung minggu lalu.

Di wilayah Assam di India pula, 26 penduduk terbunuh akibat banjir.

Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban di kedua-dua negara sejak dilanda banjir pada bulan ini.

Ribuan anggota polis dan askar sudah dikerahkan ke beberapa kawasan di Bangladesh untuk membantu usaha mencari dan menyelamat.

Para pakar pemerintah menyifatkan banjir itu sebagai yang paling teruk pernah berlaku sejak 2004.

Lebih 100,000 orang sudahpun dipindahkan setakat ini.

Polis bagaimanapun menganggarkan bahawa jutaan orang masih lagi terkandas.

Para ahli politik khuatir negara itu mungkin menghadapi krisis kemanusiaan jika operasi menyelamat yang sewajarnya tidak dijalankan.
Sumber : Agensi berita/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan