Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir ragut 5 nyawa di Vietnam, 2 di Kemboja

Warga senja dan kanak-kanak kecil berpaut pada pelampung sedang tentera dan polis menggunakan tali untuk menyelamatkan mereka dari air banjir yang terus naik pada Sabtu (10 Okt) di wilayah barat Battambang, Kemboja.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir ragut 5 nyawa di Vietnam, 2 di Kemboja

Banjir melanda beberapa kawasan di Vietnam dan Kemboja pada awal Okt 2020 (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 10 Oct 2020 10:21PM Dikemas Kini : 10 Oct 2020 10:26PM

PHNOM PENH: Warga senja dan kanak-kanak kecil berpaut pada pelampung sedang tentera dan polis menggunakan tali untuk menyelamatkan mereka dari air banjir yang terus naik pada Sabtu (10 Okt) di wilayah barat Battambang, Kemboja.

Ratusan keluarga di tiga wilayah Kemboja - Pursat, Battambang dan Pailin - terpaksa dipindahkan di tengah-tengah hujan lebat menjelang kedatangan ribut tropika di seluruh kawasan Mekong.

"Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang lelaki 57 tahun lemas dalam banjir," kata Seak Vichet, jurucakap jawatankuasa kebangsaan Kemboja bagi pengurusan bencana kepada AFP pada Sabtu.

Pihak berkuasa belum mempunyai gambaran jelas mengenai sejauh mana kerosakan atau jumlah orang yang terjejas tetapi menjangkakan keadaan akan bertambah buruk pada Ahad.

Vietnam mencatat hampir semeter hujan sejak beberapa hari lalu.

Lima orang maut dengan lapan masih dilaporkan hilang sedang air banjir menenggelamkan lebih 33,000 rumah dan memaksa lebih daripada 26,000 penduduk berpindah meninggalkan kediaman mereka, kata penguasa rasmi pengurusan bencana.


Lebuh raya nasional yang menghubungkan Vietnam utara ke selatan didiniaiki air bah, sementara syarikat penerbangan membatalkan beberapa penerbangan domestik, lapor media tempatan.

Jalan raya juga bertukar menjadi sungai dan hartanah di wilayah Nakhon Ratchasima,Thailand ditenggelami air dengan penduduk bergegas mencari beg pasir dan memindahkan barang-barang mereka ke kawasan yang lebih tinggi.

Gabenor wilayah, Vichien Chantaranothai berkata, kawasan Pak Chong paling teruk terjejas melibatkan 8,000keluarga dan 12,000 orang. Kira-kira 200 rumah ditenggelami banjir.

Pihak berkuasa telah mengedarkan bungkusan makanan dan menggesa orang ramai agar berpindah ke tempat perlindungan masyarakat.

"Airnya sedalam tiga meter di beberapa bahagian," kata Encik Chantaranothai kepada pemberita pada Sabtu.

Taman Negara Khao Yai ditutup hujung minggu ini akibat hujan lebat dan tanah runtuh.

Di Laos, air banjir yang sedang naik merosakkan kampung dan sawah di sepanjang sungai Xepon dan Xebanghieng di wilayah Savannakhet dengan lebih banyak hujan dijangkakan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan