Banjir Punjab di Pakistan ragut lebih 100 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:
Punjab dilanda bencana paling dahsyat dalam sejarah negeri itu. (Gambar: BERNAMA)
ISTANBUL: Lebih 100 orang terkorban akibat banjir di Wilayah Punjab, Pakistan, lapor Anadolu Ajansi, memetik pegawai Penguasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA).
Bencana itu, yang disifatkan sebagai paling besar dalam sejarah Punjab, menenggelamkan lebih 4,700 kampung dan menjejas 4.5 juta penduduk, kata pesuruhjaya bantuan Nabeel Javed dalam laporan terbaharu.
Beliau berkata seramai 2.5 juta orang dan lebih dua juta ternakan dipindahkan ke kawasan selamat.
Ketua Pengarah PDMA Irfan Ali Kathia berkata operasi menyelamat dan menghantar bantuan masih dijalankan, namun skala bencana itu amat membebankan sumber yang ada.
Secara keseluruhan sejak 26 Jun, hujan monsun lebat dan banjir meragut 932 nyawa, mencederakan lebih seribu orang serta merosakkan atau memusnahkan lebih 8,200 rumah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.