Skip to main content

Dunia

Banjir Pahang susut, pusat pemindahan terakhir ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
KUANTAN: Penutupan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri menandakan berakhirnya musibah banjir yang melanda Pahang sejak 8 Disember lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, dalam kenyataannya memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan menjadi PPS terakhir ditutup pada jam 11.00 pagi pada Sabtu (17 Dis) dengan kesemua 141 mangsa daripada 36 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Selain Pekan, daerah yang turut terjejas banjir di Pahang sejak minggu lepas ialah Raub, Lipis, Temerloh, Jerantut dan Bera. 

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dalam kenyataan, memaklumkan beberapa kawasan di Pahang berisiko banjir mulai malam esok atau lebih awal.

Antara kawasan yang dijangka banjir mulai 8.00 malam esok ialah Kampung Beralas, Kampung Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kampung Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya.

Sementara di Kampung g Seberang Guai, Jalan Kampung Durian, Kampung Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya serta Kampung Besol, Paya Gintong, Kampung Batu Kawah, Kampung Perian, Kampung Jeransang, Kampung Tanjung Betung, Kampung Rial, Kampung Tanah Nyior, Kampung Teh, Kampung Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya mulai jam 8.00 pagi Isnin (19 Dis) ini.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita