Banjir Nepal-Tibet: Nepal simpan sampel DNA mangsa gagal dikenal pasti
Anggaran Waktu Membaca:
Rumah yang musnah menyusuli banjir kilat dan tanah runtuh di Devighat, daerah Nuwakot, Nepal, 29 Ogos 2026. (Gambar: AP)
- Kerajaan Nepal mengambil langkah menyimpan sampel DNA dan bukti pengenalan daripada mayat mangsa banjir yang tidak dapat dikenal pasti sebelum pengurusan mayat dilakukan.
- Banjir Sungai Bhotekoshi pada 26 Ogos menyebabkan korban jiwa yang tinggi serta kerosakan besar di kawasan seperti Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.
- Perdana Menteri Balendra Shah menyatakan hanya mayat tidak dikenal pasti akan diuruskan pemerintah, manakala mayat yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.
- Setakat ini, sekitar 675 mayat ditemui di beberapa daerah termasuk Chitwan, Tanahun, Gorkha, Nawalparasi Timur dan Barat.
KATHMADU: Nepal akan menyimpan sampel DNA dan bukti pengenalan lain daripada mayat mangsa banjir yang gagal dikenal pasti sebelum mengambil langkah mengebumikan atau menguruskan mayat berkenaan, menurut laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris negara itu.
Banjir Sungai Bhotekoshi pada Rabu (26 Ogos) mengakibatkan angka korban yang tinggi serta kerosakan meluas terhadap harta benda dan prasarana di sepanjang kawasan sungai itu, khususnya di Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.
Memetik kenyataan Perdana Menteri Balendra Shah yang dimuat naik di media sosial pada petang Sabtu, The Kathmandu Post melaporkan bahawa hanya mayat yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan pemerintah, manakala mayat yang dikenal pasti oleh keluarga diserahkan kepada waris.
“Hanya mayat yang tidak dapat dikenal pasti akan diuruskan pemerintah selepas sampel DNA dan bukti lain, yang boleh membantu menentukan identiti mereka, disimpan,” kata beliau.
Menurut Encik Shah, sekitar 675 mayat ditemui setakat ini di beberapa lokasi di Rasuwa, Dhading, Nuwakot, Chitwan, Tanahun, Gorkha, Nawalparasi Timur dan Nawalparasi Barat.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.