Banjir Nepal-Tibet: Humanity Matters berada di Nepal, sediakan sistem rawatan air, peralatan perlindungan diri di kawasan terjejas teruk
Pasukan empat anggota pertubuhan kemanusiaan Humanity Matters kini berada di Nuwakot, daerah yang terjejas teruk akibat banjir kilat dahsyat yang melanda Nepal minggu lalu, bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Pasukan Humanity Matters di Nuwakot. (Gambar: Humanity Matters)
- Pasukan Humanity Matters dengan empat anggota kini berada di Nuwakot, Nepal, membantu mangsa banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku minggu lalu.
- Mereka memasang sistem rawatan air untuk memastikan bekalan air bersih kepada mangsa dan petugas barisan hadapan, atas permintaan Kementerian Dalam Negeri Nepal.
- Humanity Matters turut membekalkan PPE, pelitup N95, alat pernafasan, dan beg mayat bagi menjaga keselamatan serta pengurusan mangsa dengan bermaruah.
- Pihak berkuasa melaporkan lebih 1,000 kematian dan lebih 4,400 masih hilang, dengan pasukan penyelamat menghadapi cabaran besar akibat kemusnahan infrastruktur.
Selain memastikan bekalan air bersih yang mencukupi bagi para mangsa banjir dan tanah runtuh, Humanity Matters juga memastikan keselamatan kesihatan pasukan penyelamat dijaga.
"Atas permintaan Kementerian Dalam Negeri Nepal, Humanity Matters sudah memasang unit sistem rawatan air di daerah Nuwokot untuk menyediakan bekalan air yang selamat bagi para mangsa dan petugas barisan hadapan. Meskipun terdapat banyak sumber air, kebanyakannya sudah dicemari oleh lumpur dan mendapan," kongsi Penasihat Khas Humanity Matters, Encik Hassan Ahmad kepada BERITA Mediacorp menerusi aplikasi WhatsApp.
"Humanity Matters turut menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan alat pernafasan bagi para petugas barisan hadapan yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan-kawasan yang teruk terjejas dan mengeluarkan mayat-mayat dari serpihan-serpihan bangunan yang sudah runtuh," ujar Encik Hassan lagi.
Selain itu, Humanity Matters turut menyediakan beg-beg mayat bagi memastikan mayat-mayat yang ditemui, diuruskan dengan selamat dan bermaruah.
Pihak berkuasa memaklumkan jumlah mangsa yang masih hilang meningkat melepasi 4,400 orang dengan lebih 1,000 orang terkorban, sekali gus mencerminkan skala kemusnahan luar biasa itu.
BACA:
Malah, banyak kawasan tidak boleh diakses oleh pasukan penyelamat kerana lebih 20 jambatan telah musnah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.