Skip to main content

Dunia

Banjir mungkin jejas pengundi di Selangor di PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir mungkin jejas pengundi di Selangor di PRU15

Gambar fail: Bernama

Diterbitkan : 09 Nov 2022 07:38PM
SELANGOR: Situasi banjir yang kerap menimpa Selangor mungkin menjejas para pengundi di sana.

Pada malam Selasa (8 Nov), dua orang terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir kilat di Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur.

Para mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kereta mereka ditarik keluar dari banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang Isnin.

Pakatan Harapan yang memerintah di Selangor bagaimanapun menyatakan pihaknya siap menyediakan bantuan banjir serta mempertahankan kuasa di negeri tersebut.

Puluhan ribu penduduk Selangor terkandas hujung tahun lalu apabila banjir melanda negeri itu.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir bakal melanda Selangor minggu ini.

Namun, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari berkata pihaknya sudah bersedia dengan lebih baik.

Beliau menambah lebih 16,000 kakitangan sudah dilatih serta lebih 15,000 kenderaan sedia dikerahkan kali ini.

Dengan bencana ini menjadi keprihatinan warga Selangor, Barisan Nasional (BN) meletakkan beberapa nama besar dalam PRU15 seperti Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Zafrul Aziz.

Encik Amiruddin yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) sendiri bertanding dalam "kerusi panas" Gombak - berdepan dengan Azmin Ali, salah seorang anggota PH yang berpaling tadah pada 2020.

"Saya perlu kalahkan beliau di Gombak. Saya mesti menang di Gombak. Saya mengaku ia bukan satu tugasan yang mudah. Ia satu cabaran besar tetapi kami ada jentera dan rekod di negeri Selangor," kata Encik Amiruddin.

Para pengamat berpendapat sukar bagi BN menang besar di Selangor setelah sekian lama ia menjadi kubu kuat PH.

Para pengundi kawasan bandar juga didapati lebih cenderung untuk terus mengundi PH.
 
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita