Banjir landa Vietnam sekali lagi, ragut sekurang-kurangnya 8 nyawa
Pusingan baharu banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Vietnam tengah sejak hujung minggu lalu meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, menurut satu laporan pemerintah pada Rabu (19 Nov), dengan para pedagang turut memberi amaran bahawa ia boleh menjejaskan musim menuai kopi yang sedang berlangsung.
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Pusingan baharu banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Vietnam tengah sejak hujung minggu lalu meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, menurut satu laporan pemerintah pada Rabu (19 Nov), dengan para pedagang turut memberi amaran bahawa ia boleh menjejaskan musim menuai kopi yang sedang berlangsung.
Mulai Sabtu malam, jumlah hujan melebihi 1,100 milimeter di beberapa bahagian Vietnam tengah. Kawasan itu merupakan pusat pengeluaran kopi utama serta lokasi pantai paling popular di negara berkenaan, namun sangat terdedah kepada ribut dan banjir.
Mangsa korban termasuk enam penumpang bas yang maut dalam kejadian tanah runtuh pada Ahad malam ketika berada dalam perjalanan dari Da Lat ke Nha Trang, menurut laporan pemerintah tersebut. Tujuh lagi masih hilang, termasuk tiga yang tertimbus di bawah tanah runtuh di Danang.
“Beberapa ladang kopi di kawasan rendah di Dak Lak ditenggelami air banjir,” kata seorang pedagang kopi yang berpangkalan di wilayah itu.
Hujan lebat berterusan di kawasan itu, menjejaskan proses menuai, menurut seorang lagi pedagang di Dak Lak.
“Para petani di wilayah itu telah menuai 10 hingga 15 peratus biji kopi dan mereka memerlukan cahaya matahari untuk mengeringkannya,” tambah pedagang itu.
Gambar-gambar yang disiarkan media negara pada Rabu menunjukkan rumah-rumah di beberapa kampung di Vietnam tengah ditenggelami air sehingga ke bumbung, dengan para penduduk terkandas meminta bantuan.
Ratusan keluarga dipindahkan sepanjang malam dari rumah mereka yang banjir, lapor Agensi Berita Vietnam. Di wilayah berdekatan Gia Lai, sekolah-sekolah turut terpaksa ditutup pada Rabu, menjejaskan 26,000 pelajar.
Di bandar purba Hoi An yang tersenarai dalam UNESCO, dan masih lagi membersihkan kerosakan akibat banjir pada dua minggu lalu, paras air kini kembali meningkat.
Gambar-gambar media menunjukkan para pelancong dan penduduk bergerak di jalanan Hoi An dengan menaiki bot, melepasi kafe yang ditenggelami air dan rumah kayu yang berusia berabad-abad lamanya.
Agensi ramalan cuaca negara memberi amaran mengenai lebih banyak banjir dan tanah runtuh pada Rabu, dengan hujan lebat dijangka berterusan di rantau tersebut.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.