Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir landa Jeddah, amaran hujan berterusan dikeluarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir landa Jeddah, amaran hujan berterusan dikeluarkan

(Gambar: Twitter/@MiddleEastEye)

JEDDAH: Hujan lebat berterusan yang melanda Jeddah membawa banjir ke bandar kedua terbesar Arab Saudi itu.

Menurut laporan agensi berita Astro Awani, keadaan itu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Banjir turut menyebabkan kenderaan terkandas dan jalan terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Meteorologi Arab Saudi (NCM) memaklumkan hujan dijangka berterusan dan turut menjejaskan wilayah-wilayah Arab Saudi yang lain.

Antaranya Asir, Baha, Makkah dan Madinah.

Ini bukan kali pertama banjir berlaku di negara itu, lapor agensi berita Astro Awani.

Pada tahun 2009, banjir menyebabkan 120 terkorban, manakala pada tahun 2011, 10 individu maut.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi memperuntukan AS$106 juta (S$142 juta) bagi menaik taraf sistem perparitan di Jeddah.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan