Banjir kilat utara Vietnam ragut nyawa 4 orang, lagi 4 hilang
Gambar ini diambil dan diterbitkan oleh Agensi Berita Vietnam pada 17 Julai 2026, menunjukkan pasukan penyelamat menangani kesan banjir kilat di Komun Muong Than, wilayah Lai Chau, utara Vietnam. (Gambar: AFP/STR melalui Agensi Berita Vietnam)
- Banjir kilat melanda kampung Muong Than di wilayah Lai Chau, utara Vietnam, selepas hujan lebat berterusan sejak 15 Julai.
- Empat orang terkorban, empat lagi hilang, dan tujuh cedera akibat bencana tersebut.
- Banjir dan tanah runtuh turut merosakkan jalan raya, grid tenaga, ratusan rumah serta menenggelamkan 238 hektar tanaman.
- Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat sehingga 250 milimeter dijangka berterusan, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan utara Vietnam.
Agensi Berita Vietnam melaporkan, banjir yang melanda kampung Muong Than awal pagi Jumaat (17 Jul) selepas hujan lebat selama beberapa hari di bahagian utara Vietnam turut mencederakan tujuh orang.
Vietnam terdedah kepada ribut dan banjir maut semasa musim hujan yang memuncak dari Julai hingga September. Bencana alam, kebanyakannya banjir, mengorbankan 489 orang di negara itu tahun lalu, menurut data rasmi.
Laporan media menunjukkan gambar lumpur merah dan air banjir melanda kampung itu, dengan batu dan kayu balak bertimbun di satu sudut jalan yang rosak.
Sejak Rabu (15 Jul), tanah runtuh dan banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat elah merosakkan jalan raya, grid tenaga dan beratus-ratus rumah, selain menenggelamkan 238 hektar tanaman di kawasan tersebut, menurut agensi pengurusan bencana pemerintah.
Beberapa bahagian di utara Vietnam diramal akan dilanda hujan lebat sehingga 250 milimeter pada Sabtu (18 Jul), menurut agensi itu, sekali gus memberi amaran tentang lebih banyak banjir kilat dan tanah runtuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.