Skip to main content

Dunia

Banjir kilat Port Dickson, Rembau: 5 Pusat Pemindahan Sementara dibuka

Anggaran Waktu Membaca:
SEREMBAN: 75 mangsa dari 23 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 10.00 pagi pada Isnin (12 Ogos) susulan banjir kilat di Port Dickson dan Rembau yang bermula kira-kira 8.00 malam pada Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata tiga kawasan terjejas di Port Dickson membabitkan Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam dan Kampung Linggi.

Di Rembau, dua kawasan terkesan, iaitu Kampung Lubuk China dan Kampung Nerambai yang berada dalam DUN Kota.

"Semua mangsa masih ditempatkan di PPS. Kerja-kerja mengemas rumah akan dilakukan sebaik paras air surut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berikutan keadaan cuaca yang baik, PPS tersebut dijangka ditutup pada Isnin, namun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan bersiap siaga.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita