Skip to main content

Dunia

Banjir kilat Makkah: Tiada korban jiwa, kenderaan dihanyutkan dari Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
ARAB SAUDI: Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi membentuk beberapa jawatankuasa untuk menentukan nilai kerosakan akibat banjir di Makkah, Jumaat lalu (23 Dis).

Menurut laporan Saudi Gazette, jawatankuasa tersebut akan mengumpulkan semua permohonan ganti rugi akibat banjir kilat di Makkah itu sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga mengesahkan tiada sebarang kematian atau kecederaan yang dilaporkan dalam banjir yang tercetus di beberapa kawasan di Makkah, Jumaat lalu.

Menurut para saksi, air bah menghanyutkan kenderaan dan barangan di sebahagian jalan raya di kawasan Zahir di Makkah selepas hujan lebat selama hampir dua jam.

Awal dari itu, pusat kaji cuaca Makkah mengeluarkan amaran hujan sejak Rabu lalu(21 Dis).

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak keluar rumah.

Mujur kawasan Masjidil Haram tidak terjejas oleh banjir kilat tersebut kerana air bah naik sekitar 2 kilometer dari masjid paling suci dalam Islam itu.
Sumber : Agensi berita/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita