Banjir kilat landa Kota Tinggi; lebih 600 penduduk dipindahkan
Seramai 605 orang daripada 171 buah keluarga di Taman Aman dan Taman Mawai dekat Kota Tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, mulai malam tadi (11 Dis) akibat banjir kilat.
605 keluarga dipindahkan akibat banjir kilat. (Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Seramai 605 orang daripada 171 buah keluarga di Taman Aman dan Taman Mawai dekat Kota Tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, mulai malam tadi (11 Dis) akibat banjir kilat.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi, mereka dipindahkan akibat limpahan air Sungai Pemandi yang memasuki rumah masing-masing ekoran hujan lebat yang bermula pada pukul 4.00 petang semalam (11 Dis).
"Seramai 556 orang daripada 162 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi yang dibuka 9.15 malam tadi manakala 49 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota yang dibuka pada pukul 1.05 pagi tadi," menurut sekretariat berkenaan menerusi kemas kini laporan banjir kilat itu, hari ini (12 Dis).
Banjir setinggi 0.5 meter yang menjejaskan rumah mangsa banjir dilaporkan surut sepenuhnya pagi tadi (12 Dis). Namun, keselamatan kawasan terlibat perlu diperiksa sebelum kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang.
Pemantauan berterusan sedang dilakukan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Daerah Kota Tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.