Banjir kilat Johor Bahru surut sepenuhnya; pusat pemindahan sementara ditutup
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Johor Bahru sejak malam tadi akibat banjir kilat sudah ditutup petang ini (12 Okt) selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang menempatkan 17 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Paya Kenangan ditutup pada 2.00 petang tadi.
Menurut JPBD, kesemua mangsa dipindahkah ke PPS yang dibuka pada 10.30 malam semalam selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat selama lebih dua jam mulai 7.00 malam semalam.
Sementara itu, JPBD memaklumkan paras air di tiga lembangan sungai di daerah itu, berada di paras waspada iaitu Sungai Skudai, Kampung Laut menunjukkan bacaan 2.31 meter; Sungai Skudai, Kampung Pasir (0.28 meter) dan Sungai Tebrau (1.83 meter).
Menurut JPBD lagi, cuaca di Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai dilaporkan mendung, manakala enam daerah lain cerah setakat ini.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.