Skip to main content

Dunia

Banjir kilat Filipina ragut nyawa sekurang-kurangnya 22 orang

Di Filipina sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di bahagian tengah negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Dec 2018 07:51PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:41PM

MANILA: Di Filipina sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di bahagian tengah negara itu.

Antara mereka yang terkorban termasuk kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad (30 Dis), menurut jurucakap agensi bencana Edgar Posada.

Bencana itu disebabkan hujan lebat dan ribut kuat yang melanda negara itu sepanjang hujung minggu.

Kejadian tanah runtuh memaksa lebih 5,000 orang dipindahkan ke kawasan- kawasan yang selamat.

Pihak berkuasa mengatakan, lebih 22,000 orang penduduk sudah meninggalkan tempat kediaman mereka sebelum taufan membadai.

Menurut media tempatan Filipina, ramai mangsa yang dilaporkan hilang atau terperangkap akibat tanah runtuh itu.

Sumber : AFP/Reuters/KN/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita