Skip to main content

Dunia

Banjir kilat di Shah Alam, beberapa laluan utama ditutup kepada trafik

Beberapa laluan utama di sekitar Shah Alam, Selangor, ditutup kepada trafik akibat banjir kilat pada awal pagi Rabu (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di Shah Alam, beberapa laluan utama ditutup kepada trafik

Semua lorong di KM9.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di kedua-dua arah masih ditutup kepada trafik setakat 6.16 pagi pada Rabu (4 Nov 2026), akibat banjir kilat di sekitar Shah Alam. (Gambar: Facebook/PLUS Malaysia)

Diterbitkan : 04 Nov 2026 09:34AM
Flash floods in Shah Alam, several main roads closed to traffic
  • Flash floods early on Wednesday, Nov 4, closed several main roads around Shah Alam, Selangor, including the NKVE, ELITE and GCE.
  • Flooding at KM9.1 of the NKVE was first reported at about 2am, before water levels rose and all lanes were closed at about 3am; the road remained closed at 6.16am.
  • PLUS Malaysia Berhad diverted traffic from Bukit Raja to Setia Alam Toll Plaza, from Subang to the ELITE, and from the ELITE towards Setia Alam to Shah Alam Toll Plaza.
  • PLUS urged road users to plan their journeys, use alternative routes and check @plustrafik or navigation apps; the duration of the closures and whether there had been any accidents were not known.
Dijana oleh AI

SHAH ALAM: Beberapa laluan utama di sekitar Shah Alam, Selangor, ditutup kepada trafik akibat banjir kilat pada awal pagi Rabu (4 Nov).

Antara laluan yang terjejas termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (ELITE).

PLUS Malaysia Berhad menyatakan kawasan yang terjejas melibatkan KM9.1 NKVE di kedua-dua arah, laluan masuk dan keluar Plaza Tol Shah Alam serta beberapa laluan di Persimpangan Shah Alam.

Setakat pukul 6.16 pagi, semua lorong di KM9.1 NKVE masih ditutup kepada trafik.

Kenderaan yang menuju ke arah utara dari Bukit Raja dilencongkan ke Plaza Tol Setia Alam, manakala trafik arah selatan dari Subang dilencongkan ke Lebuhraya ELITE.

Banjir kilat turut menyebabkan semua lorong di Persimpangan Shah Alam di Lebuhraya ELITE, dari arah Seafield menuju Setia Alam, ditutup.

Trafik di laluan berkenaan dilencongkan sementara ke Plaza Tol Shah Alam.

Selain itu, laluan dari Lebuhraya Koridor Guthrie menuju ke Plaza Tol Shah Alam turut ditutup.

Keadaan banjir mula dilaporkan sekitar pukul 2.00 pagi apabila beberapa lorong di KM9.1 NKVE terhalang akibat air bertakung.

Paras air yang semakin meningkat kemudian memaksa penutupan penuh laluan tersebut sekitar pukul 3.00 pagi.

Menerusi beberapa kemas kini di akaun X @plustrafik, PLUS menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi akaun rasmi @plustrafik, aplikasi PLUS serta aplikasi navigasi seperti Google Maps.

Setakat laporan awal itu, belum ada maklumat mengenai tempoh penutupan laluan atau laporan kemalangan akibat kejadian tersebut.

Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita