Skip to main content

Dunia

Banjir kembali landa Sarawak; 1 pusat pemindahan sementara dibuka

Anggaran Waktu Membaca:

KUCHING: Situasi banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Sabtu (29 Jan) tidak berubah apabila bilangan mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 27 orang setakat pukul 3.00 petang Ahad (30 Jan), berbanding 17 orang pada pukul 11.00 pagi. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan hanya sebuah PPS di daerah Marudi iaitu Dewan Suarah Marudi, mula beroperasi sejak petang Sabtu (29 Jan). 

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Zon Miri Law Poh Kiong pihaknya berharap paras air sungai di Kampung Padang Kerbau, Marudi surut sehingga ke paras yang mengizinkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat ini.

Situasi banjir yang melanda daerah Marudi kini adalah susulan hujan lebat di daerah itu sejak Sabtu (29 Jan). 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita