Banjir: Johor terima bantuan segera RM50 juta dari kerajaan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
SERDANG: Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta (S$15 juta) kepada negeri Johor.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata peruntukan berkenaan akan digunakan untuk membantu mangsa banjir serta keperluan-keperluan segera di negeri itu.
“RM50 juta untuk Johor, segera...untuk sungai (pengurusan) dan bantu mangsa banjir dan apa pun keperluan yang segera,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini (3 Mac).
PM Anwar berkata beliau juga akan ke Johor bagi melawat mangsa banjir di sana, dalam masa terdekat.
“Beberapa menteri turun hari ini (di Johor) dan esok sebahagian lagi, dan saya akan atur dalam masa singkat (lawat mangsa banjir di Johor),” kata beliau.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.