Skip to main content

Dunia

Banjir Himalaya: 43 terkorban, 519 masih hilang di Tibet

Angka korban akibat banjir dahsyat yang melanda Tibet di kawasan Himalaya berhampiran sempadan China-Nepal bulan lalu meningkat kepada 43 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir Himalaya: 43 terkorban, 519 masih hilang di Tibet

Pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan untuk mencari mangsa di kawasan yang dilanda tanah runtuh di Daerah Gyirong, Wilayah Autonomi Tibet, China pada 30 Ogos 2026. (Gambar: Jigme Dorje/Xinhua menerusi AP)

Diterbitkan : 06 Sep 2026 07:02PM
  • Banjir besar akibat runtuhan glasier dan gunung pada 26 Ogos 2026 melanda Tibet di kawasan Himalaya berhampiran sempadan China-Nepal.
  • Setakat 6 September, 43 orang disahkan terkorban di Tibet, manakala 519 masih hilang di wilayah itu.
  • Secara keseluruhan, hampir 1,400 orang terkorban dan lebih 5,500 hilang di kedua-dua negara akibat bencana ini.
  • Operasi mencari dan menyelamat menghadapi cabaran besar kerana puing dan arus banjir menimbus serta menghanyutkan mangsa ke kawasan sukar diakses.
Dijana oleh AI
BEIJING: Angka korban akibat banjir dahsyat yang melanda Tibet di kawasan Himalaya berhampiran sempadan China-Nepal bulan lalu meningkat kepada 43 orang.

Agensi berita Xinhua pada Ahad (6 Sep) melaporkan 519 orang masih hilang di Tibet, berdasarkan perangkaan terkini.

Angka korban di sebelah China sebelum ini dilaporkan seramai 31 orang.

Bencana itu berlaku selepas runtuhan glasier dan gunung pada 26 Ogos 2026 mencetuskan banjir besar di kawasan Himalaya sepanjang sempadan China dengan Nepal.

Hampir 1,400 orang terkorban manakala lebih 5,500 masih hilang di kedua-dua negara akibat bencana tersebut.

Jurang besar antara jumlah korban yang disahkan dengan mereka yang masih hilang menunjukkan cabaran besar yang dihadapi pasukan penyelamat sedang operasi mencari mangsa diteruskan lebih jauh ke kawasan sempadan yang terjejas teruk.

Pelabuhan Gyirong terletak jauh di kawasan Himalaya di sepanjang sempadan China dengan Nepal.

Pakar sebelum ini memberitahu CNA bahawa jumlah sebenar korban mungkin mengambil masa untuk dikenal pasti.

Ini kerana timbunan puing yang dibawa arus banjir dipercayai menimbus ramai mangsa.

Mangsa lain juga mungkin dihanyutkan arus banjir sejauh beberapa kilometer ke hilir.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita