Banjir Eropah pada 2024 paling dahsyat dalam tempoh lebih 10 tahun
Eropah mengalami banjir paling dahsyat dalam tempoh lebih sedekad pada 2024, menurut pemantau perubahan iklim Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa (15 Apr), dengan hampir sepertiga daripada tebing sungainya hampir melimpah.

Pemandangan dron yang menunjukkan seorang lelaki mendayung bot di antara rumah-rumah yang dinaiki air dari Sungai Danube di kampung Ersekcsanad, Hungary pada 22 September 2024. (Gambar: REUTERS/Marko Djurica)
Kawasan-kawasan yang ditenggelami air sepanjang tahun lalu, termasuk Valencia yang paling teruk terjejas di Sepanyol, dan bahagian tengah dan timur Eropah, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus.
Bencana-bencana itu berlaku pada tahun paling panas di seluruh dunia, dan menekankan ancaman yang ditimbulkan oleh banjir pada Eropah, sedang dunia semakin panas angkara perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia.
Ribut dan banjir pada 2024 mengorbankan lebih 300 orang, menjejaskan 413,000 orang lain di seluruh Eropah, dan menyebabkan kerugian ekonomi sekurang-kurangnya 18 bilion euro (AS$20.5 bilion).
"Eropah menyaksikan banjir paling meluas sejak 2013," kata Samantha Burgess dari European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), yang mengendalikan pemantau iklim Copernicus.
Curahan hujan sehingga tiga bulan melanda dalam tempoh lima hari pada September tahun lalu, sedang Ribut Boris membawa banjir besar dan kerosakan yang meluas di lapan negara di bahagian tengah dan timur Eropah.
Sebulan kemudian, ribut ganas yang disebabkan oleh udara panas dan lembap dari Laut Mediterranean mencetuskan hujan lebat di Sepanyol, dengan banjir seterusnya memusnahkan wilayah Valencia.
Kebanyakan kawasan di barat Eropah mengalami keadaan yang lebih lembap daripada biasa pada tahun 2024 tetapi bahagian timur benua itu secara purata lebih kering dan lebih panas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.