Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Segamat pulih sepenuhnya; jumlah mangsa di Batu Pahat semakin berkurangan

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Segamat pulih sepenuhnya; jumlah mangsa di Batu Pahat semakin berkurangan

(Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor)

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun, manakala daerah Segamat pulih sepenuhnya, dengan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 4.00 petang Ahad (19 Mac), berbanding 17,125 orang yang dicatatkan pada pukul 8.00 pagi.

"Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telahpun ditutup berikutan banjir telah surut," menurut jawatankuasa itu.

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.09 meter, Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24 meter serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34 meter.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah pada petang Ahad kecuali Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang diramalkan hujan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan