Banjir di M'sia - lebih 1,700 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara di empat negeri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 1,750 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri pada Ahad (18 Dis).
Jumlah mangsa banjir teramai adalah di Kelantan iaitu 1,584 orang daripada 490 keluarga. Jumlah itu sama seperti semalam dan menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua mereka kini ditempatkan di enam PPS di jajahan Pasir Mas.
Sementara itu, laporan dari maklumat banjir awam menunjukkan paras air Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya iaitu 24.6 meter (m).
Ketinggian air di empat lagi sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.76 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.32 m), Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Jeli (53.89 m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.25 m).
Di Johor, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 75 orang daripada 21 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.
JPBN menyatakan seramai 34 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 27 orang di Balai Raya Kampung Kuala Paya manakala PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek menampung 14 orang.
Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 47 orang daripada 13 keluarga. Tiga lagi PPS dibuka iaitu dua di daerah Hulu Terengganu dan satu di Dungun.
Menurut JPBN, PPS tersebut ialah Balai Raya Kampung (Kg) Perih yang menempatkan 10 orang daripada dua keluarga dan Balai Raya Kg Cheting (10 orang daripada empat keluarga) di Hulu Terengganu manakala satu PPS di Masjid Kg Jongok Batu di Dungun (empat orang sekeluarga).
PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu masih menampung 23 orang daripada enam keluarga, sama seperti malam tadi.
Di Perak, 44 mangsa banjir daripada 13 keluarga kini berlindung di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan SK Sungai Tiang Darat.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengunjungi mangsa-mangsa banjir di sekitar Bagan Datuk dan juga yang ditempatkan di SK Sungai Tiang Darat pagi ini.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.