Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Kelantan disifatkan paling buruk dalam sejarah

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Kelantan disifatkan paling buruk dalam sejarah

(Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 30 Nov 2024 09:15PM Dikemas Kini : 30 Nov 2024 10:04PM
PASIR MAS: Polis Kelantan menyifatkan banjir yang melanda ketika ini sebagai paling buruk dalam sejarah.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, hal ini kerana lebih 92,044 mangsa sudah dipindahkan ke 288 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4.15 petang pada Sabtu (30 Nov).

"Mangsa mula dipindahkan sejak Isnin lalu, hari ini sudah Sabtu. Ini baharu pusingan pertama banjir sudah begini.

"Bagi saya banjir terburuk setakat ini," katanya semasa sidang media di Balai Polis Repek di Pasir Mas pada Sabtu.

Beliau menambah, walaupun hujan tidak lebat, namun ia berterusan.

Ketua Polis Kelantan itu juga berkata, ketika ini Pasir Mas merupakan daerah paling teruk terjejas diikuti Tumpat.

Encik Mohd Yussof memberitahu, kedua-dua daerah tersebut mempunyai kawasan yang terputus hubungan akibat banjir iaitu Lubuk Stol, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Menurutnya, polis Kelantan tetap bersedia untuk berdepan dengan banjir lebih buruk selepas beberapa kawasan di bandar Kota Bharu sudah dinaiki air.
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan