Skip to main content

Dunia

Banjir di Johor surut sepenuhnya

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Johor surut sepenuhnya

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Mar 2023 02:19PM
BATU PAHAT: Banjir di negeri Johor surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah ini ditutup pada 12.00 tengah hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng yang menempatkan 79 orang daripada 22 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan membabitkan 62 mangsa daripada 15 keluarga.

Penduduk yang terjejas itu mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan ‘banjir termenung’ sebelum ini surut sepenuhnya.

Setakat ini, Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran iaitu 18.92 meter (m) manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah (5.07m) dan Sungai Sembrong di Empangan Sembrong (10.66m).

Dalam pada itu, kesemua daerah di negeri ini dijangka cerah tengah hari ini.

Hampir sebulan banjir melanda Johor sejak 28 Feb lalu sehingga menjejaskan lebih 85,000 penduduk di 10 daerah serta disifatkan sebagai banjir terburuk, menyamai bencana yang sama pada tahun 2006.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita