Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Johor semakin surut; jumlah mangsa berkurangan

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Johor semakin surut; jumlah mangsa berkurangan

Penduduk kampung sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut ketika tinjauan di sekitar perkampungan di Yong Peng baru-baru ini. (Gambar: BERNAMA)

BATU PAHAT: Banjir di Johor semakin surut dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 21,127 orang di dua daerah setakat pukul 8.00 pagi Sabtu (18 Mac).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), terdapat penyusutan angka mangsa banjir berikutan ramai yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berbanding 23,663 orang pada Jumaat malam (17 Mac). 

JPBN memaklumkan sebanyak 83 PPS masih dibuka di dua daerah yang terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.

“Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas melibatkan 21,089 mangsa daripada 6,031 keluarga yang ditempatkan di 81 PPS.

“Di daerah Segamat pula, masih terdapat 38 mangsa yang terjejas daripada 13 keluarga dan mereka ini ditempatkan di dua PPS,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN pada Sabtu. 

Menurut kenyataan berkenaan juga, cuaca di semua 10 daerah setakat pagi Sabtu dilaporkan cerah serta tiada sungai yang berada pada paras bahaya.

Bagaimanapun, terdapat lima jalan yang masih belum dibuka sepenuhnya dengan hanya kenderaan berat yang dibenarkan melalui jalan berkenaan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan