Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di Johor sudah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir iaitu Sekolah Agama Gemereh di Segamat ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor sudah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir iaitu Sekolah Agama Gemereh di Segamat ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata PPS itu menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

“Setakat petang ini, cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini (18 Jan).

Sebelum ini, Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas banjir berbanding tujuh daerah lain. 

Seramai 5,923 orang daripada 1,585 keluarga di lapan daerah direkodkan terjejas pada kemuncak banjir pada 4 Januari lalu.

Sebanyak 81 PPS dibuka di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing sejak banjir melanda 1 Januari lalu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan