Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Johor pulih, semua pusat pemindahan sementera ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Johor pulih, semua pusat pemindahan sementera ditutup

Keadaan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). (Gambar: Bernama)

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat pada pukul 7.00 Ahad malam (27 Nov). 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya pada Ahad (27 Nov) memaklumkan PPS itu sebelum ini menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

PPS itu beroperasi sejak 2 November lali akibat limpahan Sungai Muar yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan