Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Johor bertambah baik

Situasi banjir di Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan manakala Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah. 

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan manakala Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah. 

Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,092 orang setakat pukul 8.00 malam semalam (14 Jan) berbanding 1,860 orang pada petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada 329 keluarga itu ditempatkan di 12 PPS di empat daerah terjejas.

Beliau berkata Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 410 orang, diikuti Pontian (354), Kota Tinggi (275) dan Johor Bahru (53).

“Jalan Mawai Lama (Rumah Burung) di Kota Tinggi masih tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan susulan dinaiki air banjir dan tiada jalan alternatif," katanya.
 
Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Manjung kekal 31 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar yang  berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas sejak 9 Januari lalu.

Di Pahang, menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir kekal 186 orang daripada 43 keluarga yang berlindung di Balai Raya Kampung Jawa, Rompin. 

Di Sarawak, 20 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih ditempatkan di PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit, pada Selasa malam.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan