Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Batu Pahat semakin pulih

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Batu Pahat semakin pulih

(Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor)

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Batu Pahat semakin pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 1,813 orang setakat pukul 4.00 petang Rabu (22 Mac), berbanding 2,540 orang pada pukul 8.00 pagoi,

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, setelah banjir surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

"Seramai 490 keluarga ditempatkan di 17 PPS yang masih beroperasi setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

JPBN turut memberitahu tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya, setakat ini. 

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah petang Rabu, namun Johor Bahru, Pontian dan Kluang dijangka hujan.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan