Banjir di Bangladesh ragut 82 nyawa, kebanyakannya mati lemas
Banjir akibat hujan lebat bermusim dan aliran deras air sungai di Bangladesh mengorbankan 82 orang sejak bulan lalu, menurut pihak berkuasa.
Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Banjir akibat hujan lebat bermusim dan aliran deras air sungai di Bangladesh mengorbankan 82 orang sejak bulan lalu, menurut pihak berkuasa.
Berdasarkan laporan harian banjir Pusat Gerakan Kecemasan Kesihatan dan Bilik Kawalan pada Sabtu (25 Jun), kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat lemas di kawasan yang dilanda banjir sejak 17 Mei hingga 25 Jun.
Namun, ada juga yang maut akibat dipatuk ular, disambar petir dan sebab-sebab lain
Sekurang-kurangnya sembilan kematian dilaporkan dalam 24 jam lalu setakat pagi Sabtu.
Tujuh maut akibat lemas manakala seorang dipatuk ular dan seorang lagi atas sebab lain.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.