Banjir di Bangkok akan lebih teruk, hujan lebat berterusan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Royal Thai Police
BANGKOK: Thailand naikkan amaran banjir di ibu kota Bangkok kerana lebih banyak hujan diramalkan dalam masa beberapa hari ini, sewaktu musim monsoon.
Banyak jalan raya sudah digenangi air setinggi 30 sentimeter. Kawasan yang terjejas termasuk bulatan Bang Khen dan jalan Chaeng Watthana serta Phahyon Yothin, menurut Administrasi Metropolitan Bangkok (BMA), lapor Bangkok Post.
Kerajaan Thai menyatakan pada Khamis (8 Sep) bahawa semua terusan utama di Bangkok sudah penuh air, menurut Bangkok Post.
Kerja-kerja untuk mengalirkan sebahagian air itu ke laut tidak begitu berhasil.
Pihak berkuasa menyatakan longkang-longkang yang sudah usang dalam sistem saliran Bangkok tidak dapat menampung jumlah air hujan sekarang.

Sumber : Bangkok Post/MU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.