Skip to main content

Dunia

Banjir di 7 negeri Malaysia makin surut

Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri Malaysia semakin merosot setakat pukul 8.00 pagi tadi (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di 7 negeri Malaysia makin surut

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Dec 2024 11:35AM Dikemas Kini : 04 Dec 2024 12:04PM
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri Malaysia semakin merosot setakat pukul 8.00 pagi tadi (4 Dis).

Seramai 66,003 orang daripada 20,168 keluarga masih berada di 227 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut portal InfoBencana JKM seperti dinukil BH Online.

Kelantan yang paling teruk terjejas oleh banjir sebelum ini mencatatkan penurunan ketara dalam jumlah mangsa kepada 43,745 mangsa susulan keadaan cuaca semakin baik sejak Isnin (2 Dis).

Semua mangsa membabitkan 13,999 keluarga itu ditempatkan di 96 PPS.

Berdasarkan Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini hanya enam daerah masih dilanda banjir, manakala banjir di empat daerah lagi sudah pulih dan PPS sudah ditutup sejak Isnin dan Selasa, menurut BH Online.

Daerah yang masih dilanda banjir iaitu Pasir Mas mencatatkan 22,441 mangsa diikuti dengan Tumpat yang mempunyai seramai 20,556 mangsa.

Selain itu, Kota Bharu membabitkan 403 mangsa, Bachok 243 mangsa, Tanah Merah 55 mangsa dan Pasir Puteh, 47 mangsa.

Sementara itu di Terengganu sebanyak 63 PPS masih dibuka di tujuh daerah untuk menempatkan 14,525 mangsa daripada 3,735 keluarga.

Besut yang sebelum ini mencatatkan paling ramai mangsa banjir menjadi daerah pertama yang pulih sepenuhnya daripada banjir.

Ia selepas tiga PPS yang sebelum ini menempatkan seramai 315 mangsa daripada 66 keluarga ditutup secara berperingkat selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, menurut BH Online.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 6,366 mangsa daripada 1,665 keluarga di 15 PPS diikuti Dungun yang mencatatkan seramai 4,594 mangsa daripada 1,111 keluarga di 20 PPS.

Satu daerah di Melaka masih terjejas banjir dengan dua PPS dibuka untuk 172 mangsa daripada 44 keluarga.

Sebanyak 127 keluarga merangkumi 383 mangsa masih berlindung di 10 PPS di lima daerah di Perak.

Di Pahang pula ,empat PPS masih dibuka di dua daerah yang menempatkan 53 mangsa daripada 11 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita